Khamis, 19 Mei 2016

Interview Ipg Part 2 ♥

  Part 2 : interview ipg


   Pagi nak interview kul 3 pg aku dah bangun nak siap2 bagai n buat preparation apa yg patut . Kul 6:30 aku bertolak dri besut . Kul 7:35 aku sampai sana . First sekali aku usha2 dulu kot2 ada member or junior yg kenal enn . Then tiba2 jumpa classmates time form 4 dulu . Tapi lelaki . Layankan jelah . Huhu

     Pastu lect kat situ suh berkumpul dekat dewan besauu tu . Dia bagi taklimat . Pesanan aku . JANGAN DATANG LAMBAT . PAKAIAN KENA FORMAL DAN KEMAS . nanti dia bagitau cara nak susun fail n bla bla bla . Tapi hari ak iv tu . Dia tanak yg fotostat . Dia nak sijil yg ori semuanya . And sesiapa yg amik spm tahun 2013/2014 maksudnya yg umor 19/20 korang kena bawak SIJIL SPM ye BUKAN slip spm . pastikan semua maklumat n dokumen cukup . Kalau tak cukup dia akan suruh penyokong korang pergi ambik dekat rumah . Kalau ada dekat sekolah . Dia suruh g amik dekat sekolah .

     Okey . Lepas dia bg taklimat , dorang suruh settlekan masalah korang n get ready jelah . Aku sesi ke-4 a.k.a sesi terakhir iaitu kul 2:30 ptg . Disebabkan ada yg x hadir , dia masukkan sesape yg volunteer g masuk grup sebelum tu . So aku masuk sesi ke-3 . Kul 11:30 . Sebelum korang masuk interview tu aku nasihatkan tegur2 lah calon yg satu grup dgn korang . So bila dalam bilik iv tu nanti takdelah awkward sangat .

     sepatutnya kul 11:30 grup aku dah masuk tapi grup sebelum tu x siap2 lg . Lama gila . grup aku masuk kul 12:30 .cuak dohhhh . masuk lepas dia tampal nama dekat pintu ok . Bila dah masuk tu jalan dengan pnuh confident . Jgn buat muka cuak kecut and so on . Kau buat acah2 x de pape . Senyum la semanis yg boleh . Biarlah bersemut pun nanti .

     then duduk ats kerusi yg dia susun tu . Duduk betul2 . Kaki jgn gerak2 haha . Pastu nanti dia suh tampal nama sesape yg x de nametag . Okay then , dia akan tanya soalan yg biasa2 je . X formal lg time ni . Diorang just nak hilangkan gemuruh korang tuu . Time tu kau buat la acah2 friendly n sempoi ngn diorang . First impression tu penting .

     lepas tu dia akan tnya dah ready ? Sape yg nak mula dulu ? Bila takde yg volunteer dia akan mula dari kanan . Masa mula2 masuk tu dia takde susun ikut nama pun kedudukan tu . Aku suggest korang duduk dekat tengah haha baru la x nervous sngat n tahu serba sedikit permainan diorang tu . Mula2 dia tnya soalan individu gitu . Grup aku ada 2 org lelaki haha

    INDIVIDU ( but still ddk dlm grup lg ) :

Adli (kos bm x silap) - Dia tnya kenapa nk jd cg . Dia bc pnyataan hasrat korang . Pastu dia suruh Adli bngun nak tngok penampilan sesuai ke tak jd cg . Pastikan nametag yg korang buat guna nama sebenar . Jgn letak nickname . Sbb nanti x formal katanya . Erm pastu dia suruh adli tulis nama n alamat dkt whiteboard . Nak tngok tulisan tu ssuai ke nak jd cg . Pastu dia tngok sijil2 adli . Pehhhhh gila aku cakap . Hebat doe dia ni . Rugbi wakil kebangsaan n antarabangsa x silap aku . adli ni pun speeder . Betul x aku eja ni haha rekod terbaru terengganu . Pehhh . pastu dia kena psiko dgn pnemuduga tu . Dia ckp awk ni ssuai ddk dekat U . Upm ke yg aktif brsukan . Dekat ipg ni pdg bukan besar mne pun . And korang jgn lah terpedaya okay ? Part yg plg x leh bla bila diorang ckp dkt adli kebangsaan bukannya international . Apa dia international ni ? Then mulut aku ni mengada pi jawab hahah aku ckp la kebangsaan . Then pnemuduga tu ckp ' sy tahulah dia hensem awk jgnlh tlg dia , sy tnya dia je ' haaa kan dah dapat . Aduyaii aku punya tahan gelak sampai merah muka aku hahahha dorang pun tergelak sama tngok aku .Haha pastu dia suh speaking english sikit . aku dah x ingat dah .


Budak perempuan . aku x ingt dah Nama dia sbb x rapat huhu ( kos math ) - First dia tnya nape nk jd cg ( soalan basic ) . Pastu dia tnya knape minat math . Then dia suh budak tu tunjuk skills dia mngajar kat depan . Pnemuduga tu bg situasi ' mcm mna nk ajr budak yg lembab math sngat2' cthnya budak tu tnya knapa sepuluh ada 2 angka . Pastu budak tu explain cmni " 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ⬅ 10 ad 2 angka . Cuba guna tangan , satu hingga sepuluh . Kan guna dua tangan . Sbb tulah ada 2 angka . Habis tergelak penemuduga tu . Aku pun tahan je nak gelak habis cover dahtu . Then dia ckp tkpe jwpan awk salah pun . Sy nk tngok awk ni confident ke x . So korang jgn risau kalau jwpn salah . Confident tu penting . Pastu dia bc pnyataan hasrat . Budak ni pulak g tulis lam eng . Haaa kan dah mndapat . Dia suruh critakn blk dlm eng n pendekkan . Aku nasihatkan korang ingat betul2 pnyataan hasrat yg kau tulis tu n tlis dlm melayu except sp yg dpt kos tesl tu .


Budak perempuan gak ( pun x ingat nama dia ) ( kos sains ) -
First dia tnya knape mintak kos sains n nk jd cg . Dia ckp la yg dia ni mmg minat n teror bab sains esp bio n chemi . Dia pernah jd junior teacher msa skola dulu . Kira ad pngalaman mngajar lahni . Then pnemuduga suh dia mngajar n tunjuk skills tu . Budak ni ckp dia slalu gunakan teknik tukarkan abstrak kpd konkrit . Tah betul ke tak aku x ingat . Then dia pun ajrlah psl food chain . Dia lukis gambar rumput belalang ular burung sume tuh . candidates yg lain pun acah2 x tau pape huhu . Then dia suh speak in english .


Okay kita sambung next entri boleh x ? Dah mcm panjang sangat je ni hukhuk okbai .

- kiki - // -xoxo-

Interview Ipg Part 1 ♥

3 Mei 2016 merupakan tarikh semakan interview ipg . Pehhh skema ayat . and tarikh tu jugak merupakan hari first aku final exam . Habis je exam aku terus check dapat ke tak . korang rasa ? Alhamdulillah dapat . Bidang Pendidikan Khas . Interview tu dkt ipg batu rakit . Tarikh interview tu 9 mei . And masa tu aku tengah exam lagi . Last exam aku 10 mei . Pehhh serious rasa nak nangis sebab dekat surat tawaran tu dia tulis KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD . ANDA TIDAK BOLEH MENUKAR TARIKH DAN TEMPAT . Hermm berderai berkeping keping haaa hati ni . Setahun kot aku tunggu nak apply ipg ni .


     Aku pun apa lagi . Aku call parents aku . Aku cite la sume ni . Then aku cakap ' Tak kira boleh ke tak boleh ke , kakak nak pergi jugak ' hahaha teruk betol perangai anak ibu abah ni kan . time tu aku dah x boleh nak focus sangat dah study duk pk pasal masalah ni . Then aku beranikan diri call office ipg . Aku cakap nak tukar tarikh n bg reason bla bla bla . Alhamdulillah dia bagi . Tapi 11 mei . Tu hari last dkt ipg batu rakit . Aku pun apa lagi 10 mei lpas habis exam terus naik flight balik ganu .


     Pastu flight aku delay kahkah sadis weyy . Airport subang time tu hujan lebat dengan petirnyaa . Dengar cite kl hujan banjir kilat masa tu . Nasib baik aku bertolak awal . Kalau tak sekali dengan aku2 duk atas bumbung kete heee. Dah delay malam jugak la aku sampai . Memang x prepare langsung utk iv tu . Mana sempat wey . Dengan busy duk study nak exam lagi .


     Macam mana aku interview ? Okayy sambung next entri . Sebab dah panjang sangat aku cite ni huhuhu tak berkaitan lak tu ><


- kiki - // -xoxo-

UKCG IPG *^▁^*

Assalamualaikum w.b.t

Arini aku nak story pasal ukcg .

Aku senanya lepasan SPM 2014 . Tangan ni menggatal pergi mintak ipg lagi sekali . Then Alhamdulillah dapat untuk ukcg . Aku mintak dkt ipg sultan mizan n ipg batu rakit . Aku ni duduk dekat besut jerrr . ingatkan ipg batu rakit lagi dkt dpd ipg kota bharu . Hahaa tu yg cerdik sangat pegi mintak dekat ipg batu rakit utk ukcg . Kannn dah mendapat . Aku lupa lak yg besut ni duduk dkt sempadan kelantan . Dah sah2 lah kota bharu lg dekat dpd batu rakit T.T


      Kebetulan pulak tarikh ukcg tu hari rabu x silap aku . And masa tu aku ada class . Dekat uia lah . Plan nak balik ari isnin malam . Smpai selasa . Boleh la prepare apa yg patut . kebetulan pulak cousin aku yg dkt petaling jaya ni nk jenjalan umah aku dkt besut . So aku ape lg mengikutlah dah org nak belanja tiket flight . Rezeki jgn ditolak kahkah .


      2 mnggu sebelum ukcg aku dah start jogging . Aku ni mmg atlit tapi bila dah lama tinggal payah jugak enn . pastu berjogging lah aku sensorang dekat stadium setiap pagi . Aku tanak lah semput nanti enn . Sebab sebelum ni aku dah mintak ipg . Tapi x dpt sbb ukcg aku x lepas hoho . Yelah aku pergi menggatal mintak bidang pendidikan jasmani pastu x praktis lak . pj kan adaa amali dia . Mmg x dptlah cite dia . Serious letih gilaaaaa 


Untuk Pendidikan Jasmani

     Aku punya first ukcg dkt ipg sultan mizan . Tahun 2015 . Aku dah x ingat sangat ape xtvt dia . Aku bagitau ape yg aku ingat jela eah . Huhu 

1) Bmi
2) melunjur
3) sit up 
4)push up
5) lari pecut
6) baling bola dkt dinding 
7) bump bola keliling kon 
8)bleep test 
9) lompat jauh

Yang tu jelah kot ape yg aku ingat . Setiap checkpoint ada abam ensem yg jaga hahaa . n dia bahagikan satu grup 4 org x silap aku . Aku nasihatkan yg lari pecut tu jgn buat last skali sbb nanti kau semput . Pastu x sempat rehat 5min dia panggil utk bleep test . Mcm aku aritu . Sadis betul hahha rasa nak matiii ja weh . Letih gila . Stamina tak kuat . Dah berbulan duk makan makan makan je kat umah huhu


Untuk subjek selain pj 

     Tahun 2016 aku mintak lg skali ipg . Alhamdulillah dapat lg . Aku mintak bidang Bm n Pendidikan Khas . Time ukcg tu aku still ada class . Aku pun apelagi , ponteng class terus balik besut . Tapi syg aku dapat dkt ipg batu rakit . Jauh gilaaa hoho . ukcg tahun ni x sama dengan ukcg tahun sebelum2 ni . Dia dah ubah dah sebab dorang cakap yg sebelum ni senang sngat . Tapi aku rasa ni lagi senang kot . Huhu okay aku bagitau apa yg aku ingat je eah . 

1) Bmi 
2) sit up ( 5 kali tetapi variasi berbeza) *nanti dia tunjuk*
3)push up ( prempuan fullmark 30 kali n lelaki fullmark 40kali ) *tapi klau prempuan sboleh2nya plg kurang buat la 20kali*
4) melunjur ( perempuan fullmark 40cm lelaki x ingat tpi lebih 40cm lah 
5) Bleep test ( perempuan min lvl 3.1 lelaki min lvl 4.1 ) * kalau x cukup lvl min tu korang akn terus direject* 

     Itu semua berdasarkan pengalaman aku sendiri . Yg fullmark n yg reject tu berdasarkan apa yg lect a.k.a coach kat situ bagitau . kalau betul , betul lah . Kalau salah , salah lah . Semua ni berdasarkan tahun bila korang kena . Tak semestinya setiap tahun sama . Dorang boleh je nak tukar bila2 dorang nak . Heee 

     Sekian saja . then tunggu keputusan interview lak okehhh . Good luck gaiss . pesanan aku : TOLONGLAH PREPARE APE YG PATUT . JOGGING N WHATEVER . JANGAN PERGI SEMBERONO JE OKEHHH ?!! 


- kiki - // - xoxo -

Jumaat, 13 Mei 2016

University life :)

Assalamualaikum gais ..
Last update blog bila ? Bulan 1 enn haha bapak pemalas aku ni . upstt pembetulan sikit . bukan pemalas k . Sis busy sikit JE . Hoho


Lepas dah habis final exam ni rasa lega sikit . Baru ada mood nak update blog bagai . So , bolehla nak story mory sepanjang sem 3 ni . Sedar tak sedar sem depan dah masuk tahun ke-2 . 'Second year student' T.T umur pun dah nak masuk angka 2 huhh . Rasa macam nak story macam mana kehidupan dekat U especially tuk dak2 lepasan spm . Serious best gais . The best moment ever 


Okay here we go . But , before that erm sebelum ni aku ada bagitau ke yg aku ni belajar kat mana n course apa ? Eh eh sorry gais ter'aku' lak . Tapi rasanya better aku kau kann . Saya awak . Geli tekak aku hahaha okayy . Aku belajar dekat Uia . Kos asasi arab . Arab apa ? Erm biarlah rahsia . Nak tahu boleh pm / dm dkt ig lala.smoochie . Nanti takut kantoi ngan dak2 sama course je hahah sebab aku ni sangatlah famous dengan nickname tu hahah nanti aku nak tukar nama blog tu kahh! 


Okay then , sem ni aku amik 6 subject which is stq , statistics, business , fardhu ain , thinking skills n arab . Kalau dekat U ni korang boleh je nak add or drop subject . Aku setiap awal sem ada masalah dengan jadual aku ni . Tak pernah nak balance . Pastu nangis2 x tau nak settlekan masalah ni haha kelakar lak bila ingat balik . Perangai tak pernah nak matang huhh . then terpaksa lah jumpa AA a.k.a academic advisor . Aku takut gak la nak jumpa dia . Sebab dia foreigner . Cakap pun dlm bahasa arab or eng . Kalau kau tnya dalam eng dia akan balas lam arab hahah then aku pun buat muka toya acah2 faham sangat . Tapi bagus gak dia buat gitu . Lama2 kau jadi teror cakap arab macam aku . 


bila dah settle baru lah terlepas satu masalah . Then SELAMAT DATANG KE DUNIA STRESS . pebenda lah aku merepek ni . Okay kita sambung next entry okay . macam panjang sangat je entry arini . Erm lagipun perut buat hal hahhaha okbai 


- kiki - // -xoxo-


Isnin, 4 Januari 2016

RED VELVET

Tengok tajuk sikit . ehhh ? red velvet . kahkah tak tahu lah kenape klakar sangat . nak dijadikan cerita . haritu first time sis try buat red velvet guna tepung dia yang paket kecik tu haa . punya lah excited kann . okay stop . here we go ! 

resepi red velvet untuk paket kecik *first time guna yg paket kecik* dekat belakang paket ni dia ada bagi resepi dia . Dia ada tulis dekat sini RESEPI KEK BALDU MERAH KEK SIAP 0.9KG . tak taulah apa maksud dia haha XD

KEK:
- pukul 2 biji telur hingga kembang
- 1/2 cawan susu cair * my mom ckp kalau guna susu segar lagi sedap *
- 1/2 cawan minyak masak 
- campur semua sehingga sebati


macam ni lah lebih kurang

- then , masukkan 250g tepung kek (A) dan kacau rata


camni lah rupa dia bila campur ngan tepung tu

- Bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau kukus sehingga masak *org slalu ckp kalau kukus lagi lembut*
- Belahkan kepada 3-4 lapisan
- Sejukkan dan ketepikan

KRIM KEJU:
- Pukul 100g serbuk krim keju (B)
- 50ml susu segar
- 100ml non-dairy whipping cream
- sehingga kembang
- Sapu keatas lapisan kek dan hiaskan dengan hiasan (C) yang dibekalkan bersama 


Okay then , berbalik kepada cerita sis masa buat kek ni , sis ada lupa letak something haha sis punya krim keju cair semacam je  tak macam selalu . selalunya kalau kita terbalikkan mangkuk yg ada krim keju tu dia x jatuh kan ? tapi sis punya . erm hampeh . tah mana silapnya . pastu sis pun memandai mandai pegi tambah benda lain . ape ke nama benda tu . yang chess bentuk mcm silinder tu kahkah . jadi memang jadi . tapi rasa dia semacam sikit . mcm susu baby pun ada . sebab g campur skali dengan serbuk krim keju 

yang tu dah satu masalah . ditambah pulak dengan kek sis yang bermasalah jugak hahhaha jadi mampat padat semacam jaaa . Asal aku punya kek TAK NAIK ! stress woo . selalunya buat elok jaa jadi . cuma ni first time beli paket jenama lain . saje nak try . and failed haha sad life 

Dan hasilnya setelah renovate bagai . Paksa adik2 habiskan hehehehe okay sekian sahaja entri pasal red velvet ni 




-kiki- // -xoxo-


Khamis, 3 Disember 2015

Edit Blog erghhhh ><

Assalamualaikum sayang2 sekaliannn ♥


 Niat dihati nak edit blog ni . Tapi ermm . Seriously mmg kena SABAR ! sis cakap lagi sekali kena SABAR ! Tolonglah sape2 yang pandai + baik hati + rajin nak ajarkan sis acaner nak edit blog sis ni . Sis tengok pun nyampah haa dengan blog sis . Korang yang baca pulak ni . Ermm x tau lah camne . Mesti boring Huhu


Sesapa yg terdetik nak tolong sis , terdetik pun boleh . Korang email or tinggalkan no whatsapp or wechat or ig korang . Nanti sis pm/dm korang hokay ! Much love ♥


 #BantuMembantuAmalanMulia #TolongSis #SisDalamBahaya #Hahaha #JanganBenciSis #SisTakBersalah


 -kiki- // -xoxo-

Selasa, 1 Disember 2015

It's real 3D

MAGIC ART MUSEUM ! IT'S REAL 3D TRICK ART AT BAYOU LAGOON PARK !

Hai uolsss . kiki here ! ngeh2 . Memandangkan arini sis rasa rajin so sis nak cerita sikit lah . Guess whatt ? huhu awal bulan 11 aritu sis g jenjalan melaka ngn family . dua hari before sem baru . Happy happy jugak but ... 😢😢 im so sad nak kena berjauhan ngn family lg . dah besa panjang tapi still x leh berpisah lama2 😁


Okayy nexttt , actually kitorang nak g jenjalan kl je but my mom memang nak sangat sangat g magic art museum dekat melaka tu . Hermm mengidam maybe . Ehhh ? Ada ke yg mengidam gitu ? Hehhehe sorry ibu >< tkde maksud pape saje je . Muah ciked !


And thenn terpaksalah kitorang adik beradik ikut . Cehhh terpaksa lah sngad . Padahal kitorang yg excited lebih . sis pun x sure berapa harga nak masuk situ . my parent yg uruskan sumenya hehe 'bertuah punya anak' . Kalau korang nak tahu . Korang bleh google . X mahal mana punn huhu .


Kalau korang yang jenis kaki selfie . Memang minat sangat2 bergambar , korang MESTI pergi sana . Best ! Sis bagi ★★★★★. Sis suka g situ tapi sis ni jenis kayu . Tak reti posing HAHA ! Malu nauuu . Almaklumlah sis ni duduk kampung je 😔 ermm


Okaylah si comel si kacak sis sekalian . Sis payung pic sis kat sana sikit eah . Jangan kecam sis huhu . Sorry ada salah silap


                      P/s nilah adik beradik sis . Sis pendek je orgnya haha XD                          






with Abg Am a.k.a adik sis 




nilah hero2 sis . Kemain ehh korang






Alaaa pic ni sis spoil ahh >< 

#sekiansahaja

-kiki- // -xoxo-